Monday, May 28, 2012

don't be sad ;)






don't be sad when people disappoint you
be sad when you disappoint Allah ;)

Friday, April 27, 2012

relief

finally finished my matriculation programme.
alhamdulillah

You are the most Mecciful :')

Thursday, March 22, 2012

tahap keikhlasan


tahapan seorang hamba
yakni tahap yang paling bawah.
seorang hamba yang beribadat kerana takutkan Allah

tahapan seorang pedagang
yakni tahap moderate
seorang hamba yang berjual beli dengan Penciptanya
beribadat untuk mendapatkan pahala

tahapan seorang kekasih
yakni tahap tertinggi
seorang hamba yang beribadat semata mata kerana Allah
beribadat demi mendapatkan redaNya.

tahap diatas membezakan setingga mana martabat seorang hamba itu.
tahap tahap di atas matlamatnya adalah satu - jalan menuju Allah



ps; agak agaknya kita di tahap yang mana ye? - muhasabah -

Monday, March 19, 2012

KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH

subhanallah..



note 1



kata kata sufi

" sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsunya,
maka orang itu menjadi tawanannya,
berada dibawah perintah syahwat,
dan Allah mengharamkan hati sanubarinya mendapat keuntungan,
maka tidaklah dia merasai kelazatan dan kemanisan firman Allah( Al - Quran )
walaupun diulang berkali kali oleh lidahnya."












Taubat seorang hamba









ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini..
ku kesali kejahilan ini..

terimalah..
terimalah..
terimalah taubatku ini..

terlalu banyak nikmat yang Kau berikan.
andai kuhitung nescaya takkan mampu.
namun amat sedikit aku bersyukur.
betapa aku seorang hamba yang zalim.
andai Kau tak terima taubatku nescaya aku tergolong dalam golongan orang yang rugi.

ampunilah hamba - hambaMu yang sering lalai
ampunilah hamba - hambaMu yang sering zalim
ampunilah hamba - hambaMu yang sering terlanjur dalam perbuatan dan perkataan
ampunilah hamba - hambaMu yang pernah durhaka padaMu, pada Rasulullah SAW , pada ibu dan ayahnya dan pada guru - gurunya.


Kaulah satu - satunya Pencipta kami,
yang memiliki roh dan jasad kami,
yang berhak secara total keatas kami,
satu - satunya Tuhan yang kami sembah,

sesungguhnya, segala nikmat ini hanyalah pinjaman dariMu,
kelak nanti akan dipulangkan semula kepada yang Haq,

sesungguhnya, Engkau telah menganugerahkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, 
beruntung bagi yang mensucikannya dan merugilah bagi yang mengotorinya.

wahai Dzat yang membolak balikkan hati,
tetapkanlah hati kami dalam memegang teguh agamaMu.

Kaulah ya Rahman, ya Rahim, ya Khaliq, ya Sami'
sungguh luas kasih sayangMu mendahului kemurkaanMu.

moga kami peroleh hidayah
peroleh kemanisan iman yang berpanjangan
peroleh cinta yang paling Agung
peroleh hati yang berbahagia kerana mengingatiMu
peroleh kebaikan dunia dan akhirat

moga kami diberi peluang untuk bertaubat sebelum tibanya ajal kami.
moga diberikan rahmat saat kematian
moga diampunkan sesudah kematian

kepadaMu kami bertawakal dan berserah diri,
dalam setiap solat kami , kami sering berikrar
" sesungguhnya solat, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu."
namun kami sering terlupa.

ampunkan kami ya Rabbul Izzati..
sayangilah kami ya Rabbul Izzati..
tutuplah aib - aib kami ya Rabbul Izzati..
angkatlah darjat kami ya Rabbul Izzati..
berilah kami rezeki yang halal ya Rabbul Izzati..
berilah kami petunjuk ke jalan yang lurus ya Rabbul Izzati..
sihatkanlah kami zahir dan batin ya Rabbul Izzati..
maafkanlah kami ya Rabbul Izzati..

hasbunallah wani'mal wakiil
- cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, Engkaulah sebaik baik pelindung, penjamin dan sebaik baik tempat menyerahkan segala urusan-

.padaMu kami bertawakal dan berserah diri.

wanita cantik menurut Allah


wanita cantik menurut Allah adalah :


bertambah kuat dalam doa dan pengharapan
mengasihi tanpa meminta balas
mempesona kerana memaafkan
tabah di saat terhina
tertawa disaat hati sedang menangis
tersenyum disaat tertekan
melukis kekuatan melalui masalahnya

jazakallahu khairan kathira.